Zahid Hadapi 10 Tuduhan Pecah Amanah, 27 Tuduhan Pengubahan Wang Haram


Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid menghadapi 10 tuduhan pecah amanah, 27 tuduhan pengubahan wang haram dan lapan tuduhan rasuah.

Zahid mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akalbudi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42 juta.

Zahid juga mengaku tidak bersalah atas 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72juta.

Mahkamah Sesyen KL membenarkan presiden Umno itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes Ahmad Zahid Hamidi. - Malaysiakini