Syed Saddiq Bagi Amaran Kepada Media Isu Gambar mandi ais.


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran kepada pengamal media agar berwaspada ketika melaporkan berita beliau tidak berbaju di dalam tab mandi yang dimuat naik ke media sosial.

Katanya, kalau boleh buat liputan mengenai isu yang lebih pentinglah.

"Itu saya rasa lebih mustahak.

"Media pun was-was (waspada) buat laporan juga," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sabtu lalu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar memuat baik gambarnya tidak berbaju di dalam tab mandi dalam laman sosial selepas menyertai program bersempena Hari Sukan Negara.

Malang bagi beliau apabila tindakan itu menerima kecaman dalam kalangan netizen.

Mungkin menyedari tindakannya itu tidak disenangi netizen, Syed Saddiq membuat keputusan memadam gambar tersebut. - Sinar Harian