Kerusi Anwar Dalam Parlimen Sebelah Kit Siang


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.

Anggota Parlimen yang hadir memberi tepukan apabila namanya dipanggil untuk mengangkat sumpah dan juga ketika acara itu selesai.

Kemudia Anwar bersalam dengan ahli parlimen yang lain dan duduk bersebelahan Lim Kit Siang yang merupakan ahli parlimen Iskandar Puteri.