Video-Lelaki Samun Kedai Runcit,Batalkan Niat Menyamun Selepas Lihat.....



Menerusi sebuah video hasil rakaman kamera litar tertutup CCTV berdurasi 1.01 saat ini memaparkan seorang peniaga wanita kedai runcit sedang memanti pelanggannya di bahagian cashier.

Kemudian secara tiba-tiba kedai tersebut telah di masuki seorang lelaki yang memakai baju tshirt berwarna merah serta bertopi keledar terus menuju ke bahagian belakang kedai iaitu bahagian air minuman.

Setelah memilih minumannya lelaki berkenaa terus menuju ke bahagian pembayaran.

Tanpa sebarang syak wasangka buruk wanita itu tetap melayan pelanggan lelaki itu dengan baik sambil menegemas kini buku akaun kedainya.

Pada mulanya suspek kelihatan seperti mahu mengambil dompetnya dibahagian belakang poket seluar namun sangkaan mangsa meleset sama sekali.Suspek telah mengeluarkan sebilah pisau dari bahagian belakang seluarnya.

Selain itu,suspek juga bertindak menguggut wanita itu untuk mengeluarkan sejumlah wang jika tidak berbuat sedemikian suspek akan membunuhnya menggunakan pisau tersebut.

Bagaimanapun,pasti setiap kedai runcit akan menyediakan peralatan kecemasan sekiranya perkara sebegini berlaku dengan meletakkan parang di bahagian bawah meja cashier bukan.

Dalam keadaan takut dan panik mangsa terus mengeluarkan sebilah parang panjang bagi melindungi dirinya dari penyamun tersebut.

Suspek yang takut melihat parang mangsa lebih panjang daripadanya keluar dengan terburu-buru melalui pintu hadapan kedai runcit.

Walau bagaimanapun,tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku pada hari kejadian.

 Dinasihatkan supaya setiap pekarja kedai runcit dan kedai serbaneka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti ini berlaku kepada anda.