Video Detik-Detik Akhir akhir Warga Emas Maut Dalam Kemalangan.


Seorang warga emas maut setelah kereta dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 51,Jalan Pekan-Nenasi-Rompin berdekatan Kampung Serun dekat Pekan, di sini pegang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, mangsa, Ismail Abas, 72, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kederaan parah dialaminya.

Penumpang kereta itu, Siti Zuraidah, 31, yang juga anak mangsa mengalami pendarahan dalaman manakala pemandu sebuah lagi kenderaan, Nissan Sentra, Mansor Ibrahim, 57, patah paha kanan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pemandu Perodua Myvi yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Nissan Sentra dipandu Mansor.

”Akibat jarak yang terlalu dekat, Nissan Sentra berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian depan Perodua Myvi dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri menghala ke Rompin.

“Akibat pertembungan itu, pemandu Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Utusan Online