Video-Bapa Di Kecam Netizen Gara-gara Abaikan Keselamatan Anak


Telatah seorang anak kecil yang telah dirakam oleh ayahnya telah mendapat kecaman hebat daripada segelintir netizen.

Jika diluar negara menggunakan carseat untuk anak kecil adalah satu kewajipan namun di Malaysia ianya masih tidak dikuat kuasakan lagi untuk menitik beratkan penggunaan carseat bagi anak kecil.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang ayah dan anak perempuannya  di dalam kereta di mana si anak mahu menyuapkan biskut ke dalam mulut ayahnya yang sedang berpuasa pada ketika itu.

Ternyata tindakkan nya itu telah membuatkan dia dikecam teruk oleh segelintir pengguna media sosial yang berpendapat bahawa si ayah seolah-olah tidak menitik beratkan soal keselamatan anak.


Menerusi sebuah video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan si ayah leka melayan telatah anak nya walaupun pada ketika itu dia sedang memandu.Disebabkan video tersebut telah menjadi viral dimedia sosial,lelaki berkenaan telah di kecam hebat kerana membahayakan keselamatan anaknya.

Jika dilihat anak perempuannya juga sesekali telah menghalang pemandangan ayahnya semasa memandu ketika dia cuba menyuapkan biskut kedalam mulut ayahnya.

Disebabkan itulah lelaki yang dikenali sebagai Kamarul Hye Nizam ini telah di kecama hebat oleh segelintir netizen akibat dari video berkenaan.

Salah seorang netizen menulis "Ini adalah tindakan yang berbahaya walaupun ada yang menganggapnya comel.Jika salah sebuah kereta secara tiba-tiba berhenti dihadapan dan anda menggunakan break kecemsan pada ketika itu sudah pasti si anak akan terpelanting ke hadapan dan akan menjadi detik hitam buat anda sekeluarga untuk menyambut hari raya.Macam mana nak tegur lagi kalau dan bapa orang pun biar anak sendiri mcam ni?".


Meskipun iannya hanya dipandang remeh oleh segelintir ibu bapa namun malang sebenarnya tidak berbau,oleh sebeb itu kita sebagai ibu bapa perlu menitik beratkan soal keselamatan anak-anak walaupun hanya didalam kereta.

Jangan nanti dah terkena baru menyesalah dikemudia hari.Sumber-Kamarul Hye Nizam.Editor-Sofia