"Tak Sedar Ke Diri Tu Dah Tua?" Netizen Kecam Jasmin Hamid Tak Bertudung,Lihat Apa Jawapan Jasmin Hamid


Jasmiah Abdul Hamid yang dilahirkan pada 8 Disember 1972 atau lebih mesra di panggil sebagai Jasmin Hamid merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat tanah air Malaysia.

Beliau masih lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.

Semamnagnya Jasmin Hamid jarang sekali dikaitkan dengan kontroversi panas yang melibatkan dirinya.

Terbaru Jasmin dikatakan telah hilang sabar dengan mendedahkan beberapa DM dari seorang netizen lelaki di akaun Instagarmnya yang mempersoalkan mengapa dia tidak bertudung sehingga kini tetapi sering memuatnaik video dan artikel islamik di IG nya seolah-olah pelakon ini tidak layak menulis mengenainya.

Meskipun mesej tesebut dihantar secara peribadi namun ayat netizen tersebut telah menguris hatinya dengan menyatakan "Assalammualaikum,puan ni memang tak pandai nak pakai tudung ke? Tak sedar ke diri tu dah tua?Pandai post pasal malam lailatul qadar benda semua tapi rambut tu tutuplah.Azab Allah tu pedih kak.Tak tutup rambut ,70 tahun dalm neraka kak,70 tahun tu bukan 70 tahun dunia.akhirat kak. 1 tahun dunia sama 1000 tahun akhirat. Jangan cakap kak tak takut lah,tak ambil kisahlah.Takut nanti kak menyesal.Jangan sesekali msam tu nantilah aku nak bertaubat.Dah ramai orang mati masa tengah buat dosa tak sempat bertaubat",tulis netizen lelaki tersebut.





Disebabkan kata-kata netizen itu Jasmin Hamid beranggapan ianya adalahs atu teguran yang kasar dan tidak bersesuai untuk mengajak orang lain ke jalan Allah.

Menurut Jasmin,rata-rata masyarakat kini hanya tahu menghukum bukan mendidik orang yang melakukan kesilapan.

Kebanyakkan pengikut di Instagramnya bersetuju dengan pendapat pelakon hebat ini.
 
Tidak cukup dengan itu,teguran berbaur sindiran ini juga turut mendapat sokongan dari salah seorang netizen wanita dengan menulis "Eloklah dia tegur akak secara dm. Dia tak kecam akak kat komen.Akak pula pegi post pasal dia macam ni.Kebanyatakan artis bila di komen di ig suruh dm.Tetapi bila dah dm akak pula buat macam ni.Maaf akak,sekadar menegur sesama umat",tulisnya.

Bagaimanapun,pelakon jelita ini tidak mendiamkan diri,beliau membalas kritikan netizen tersebut dengan mengatakan "Alhamdulillah... Walaupun kamu hantar DM tapi kata-kata kamu telah MENGHINA dan MENGGURIS perasaan saya..Tidak bermakna kamu DM, kamu boleh cakap apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain dengan alasan tidak mahu MENGAIBKAN.. Beginikah cara kamu untuk mengajak orang menuju ke jalan Allah?".

" Itu dosa saya dengan Allah dan bagaimana pula dosa kamu dengan orang yang kamu guris perasaannya ?Adakah kamu sudah pasti bahawa segala amalan kamu di terima Allah dan kamu sempat bertaubat sebelum di jemput pulang nanti? Kerana itu semua rahsia ALLAH.. Adakah Islam ini kerjanya hanya bercerita tentang Hukum dan api neraka sahaja? Kenapa tidak kamu bercerita dan memberitahu kepada saya yang kamu anggap JAHIL dan menjadi penghuni api neraka ini tentang INDAHNYA ISLAM untuk lembutkan hati saya untuk lebih dekatkan diri padaNya.. Beginikah cara orang yang mempunyai IMAN berbicara?".

"Orang -orang yang saya kenal dengan TINGGI ILMU AGAMANYA dan BERIMAN , tidak pernah menghukum orang lain malah LISAN mereka amat lembut dan amat menyenangkan hati bila berbicara dengan mereka dan membuatkan saya ingin mendekati orang-orang ini...Saya hanya hambaNya yang lemah dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan".

"Saya juga berusaha mencari jalan yang di redhai Allah.. Kalau begini cara kamu berdakwah, tidak mustahil orang yang kamu anggap Jahil akan pergi jauh dari kamu.. Jangan sampai segala amalan kamu BOCOR kerana RIYA.. .
JANGAN TAKABUR dengan ILMU yang kamu ada kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI..
Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh IMAN DI DADA".Sumber-Jasmin Hamid.Editor-Sofia