Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 6 Jun 2018

Padah Dera Cucu Secara Seksual, Datuk Didakwa.


Seorang warga emas didakwa melakukan perlakuan seksual secara fizikal terhadap cucu perempuannya yang berusia sembilan tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian Online Tertuduh, 71, yang juga seorang pesara tentera, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ampang Jaya, jam 4 petang, pada awal tahun ini dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dan mengetahui tempat tinggal mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya, menerusi peguam M K Thas, memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan menghidap penyakit darah tinggi dan gout serta baru menjalani pembedahan pintasan jantung.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Balai Polis Ampang pada setiap bulan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan