Lelaki Ini Lamar Kekasihnya Dengan Dikelilingi Dua Ekor Buaya,Namun Tiba-tiba...


Sememangnya wanita amat menyukai detik-detik romantis apabila bersama dengan yang tersayang.Detik-detik sebegini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Seperti seorang lelaki ini dia telah merancang untuk melamar kekasihnya di dalam sebuah tangki jernih yang diletakkan di dalam air  dengan dikelilingi oleh beberapa ekor buaya.

Pasangan yang merupakan pecinta haiwan  yang dikenali sebagai  Michael Beltrami, 33, dari Melbourne, telah menjalinkan cinta bersama pasangannya Katie Johnston, 28,selama lima tahun.

Ini adalah salah satu moment romantik yang paling berbahaya sekali.



Walaupun segala-galanya berjalan dengan lancar seperti apa yang diimpikan, ianya hampir dibatalkan apabila Encik Beltrami hampir kehilangan cincin pertunangannya.

Sebenarnya cincin tersebut telah diikat menggunakan seutas tali dan kemudiannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Namun,selepas Beltrami masuk ke dalam air dan cuba menyeluk sakunya dia ternyata panik kerana mendapati cincin tersebut telah hilang tetapi sebenarnya tidak cincin itu hanya terapung dipermukaan air sahaja.



'Sememangnya saya panik, tetapi cincin itu ada sehingga saya sarungkan  pada jari kecil nya dan meminta Katie untuk menikahi saya.'


Apabila ditanya bagaimana tunangnya berasa gembira mengenai cadangan yang unik itu, Beltrami berkata beliau teruja kerana dia melakukan sesuatu yang berbeza.

'Kami pergi ke satu tempat yang berbeza, Uluru dan Katherine Gorge, tetapi banyak orang mencadangkan di tempat ini.

"Saya sememangnya menyukai buaya begitu juga dengan Katie kerana kami adalah pecinta haiwan".