Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 8 Jun 2018

Kejam Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dicekik Dan Dirogol Jiran


INDONESIA- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun telah ditemui meninggal dunia selepas dirogol oleh dua orang lelaki pertengahan usia di Perkampungan Pama Deli Serdang,Medan,Indonesia.

Pada mulanya mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang berasa curiga melihat daun pisang yang sengaja diletakkan di atas permukaan tanah untuk menutupi mayat kanak-kanak itu daripada dilihat.

Menurut siasatan awal pihak polis,terdapat kesan luka akibat di cekik di bahagian leher serta di bahagian kemaluan mangsa yang juga mengalami pendarahan akibat di rogol.

Oleh sebab itu,sepasukan polis dari Team Bravo Scorpion Jatanras Polis Sergai telah diarahkan untuk melakukan siasatan terhadap kes ini.

Walau bagaimanapun,pihaknya berjaya menahan dua orang suspek yang merupakan seorang duda dan seorang lagi suspek adalah jiran kepada mangsa.

Lebih jijik lagi suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali terhadap mangsa.

Malangnya kejadian kali kedua,mangsa bertindak melawan suspek kerana mereka telah bertindak ganas dengan mencekiki mangsa serta melakukan perbuatan di luar tabii sehingga mangsa di sahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Laporan menyatakan bahawa mangsa telah dirogol di rumahnya namun,selepas mangsa dicekik hingga mati suspek yang dalam ketakutan bertindak menyeret mangsa kira-kira 300 meter dari lokasi rumahnya.Editor-Sofia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan