Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 9 Jun 2018

Kejam! Bunuh Dan Sumbat Mayat Dalam Kotak Gara-gara Wang


MEDAN-Perniagaan yang diadakan antara Rika Karina dengan Hendri nampaknya tidak berjalan lancar.

Isu ini juga merupakan pencetus bagi Hendri untuk membunuh mangsa yang dikenali sebagai Rika yang mana akhirnya terbongkar.

Malah, Hendri nekad membungkus mayat gadis itu di dalam kotak dan kemudian meninggalkannya di Jalan Karya Rakyat Gang Melati 1, Medan,Indonesia.

Perniagaan yang terjalin antara kedua-duanya bukan pertama kali, ini merupakan perniagaan yang ketujuhnya.

Walau bagaimanapun, Rika sebagai pengedar utama kosmetik nampaknya mengalami sesuatu yang diluar jangkaannya apabila pihak kilang gagal mengedarkan barang yang dipesan oleh Hendri kepada Rika selaku pengedar produk.

Hendri sebagai penjual kemudian memaksa Rika untuk mengembalikan wang kerana barang-barang yang dipesan tidak sampai ke tangannya.Malangnya,Rika tidak dapat memenuhi permintaan itu.

Polis juga telah menyoal siasat Hendri dan diantara perbualan mereka sebelum pembunuhan berlaku.

Rika pada mulanya menawarkan kosmetik kepada Hendri, "Mengapa anda tidak mengambilnya lagi".

Hendri menganggap barang-barang yang dijual Rika terlalu mahal, "barang-barang anda tawarkan harganya mahal".

Hendri kemudian memeriksa harga kosmetik di Pajak Sambas yang berharga Rp 230 ribu per item.

Kemudian mangsa menjawab, "Kamu jangan ambil dulu, aku cek dulu,nanti ambil dari aku ".

Lalu Hendri menjawab, “ Baiklah kalau begitu’'.

Keesokan harinya mangsa menelefon suspek dan berkata, "Aku kasih harga Rp 230 ribu".

Kemudian Hendri berkata, "Ya saya ambil 17 paket tetapi tidak lama ya".

Kedua-duanya bersetuju untuk berjumpa di stesen minyak berhampiran Plaza Millenium, untuk memberikan butiran kepada Hendri.

Tetapi Hendri tidak dapat hadir pasa masa itu.Keesokan harinya, Hendri dan Rika bertemu, setelah memberikan butiran barang, Hendri memberi wang untuk memesan barang-barang itu.

Hendri memberikan Rp 4.170.000 untuk 17 paket pesanaanya.


Perjanjian barang akan sama dalam tempoh empat hari kemudian. Namun sudah memasuk hari ke 5  selepas pertemuan itu, Rika berkata kalau barang masih belum sampai  Hendri perlu menunggu empat hari lagi.

"Jangan lama, tolong ya," kata Hendri kepada Rika.
Rika menjawab, "Ia barangnya terlalu banyak".

Lalu dijawab Hendri, "Jangan gitulah, aku minta balik duit nya".

Namun,Rika berkeras menyatakan wang tidak boleh dikembalikan kerena sudah dibayar kepada kilang tersebut.

Dua hari kemudian pada waktu petang, suspek menelefon Rika dan berkata, "Tolong cepatkan prosesnya".
Namun,barangan yang dipesan suspek masih tidak sampai dan disebabkan itu mangsa ke rumahnya pada pukul 9.10 malam dengan menaiki motor Honda Scoopy berwarna putih.

Sebaik sahaja samapi dihadapan rumah,mangsa terus menelefon suspek dengan mengatakan bahawa dia telah sampai.

Suspek menjemput mangsa untuk masuk ke rumah dan mereka duduk di ruang tamu.Rika menjelaskan bahawa barangan yang dipesan masih lagi tersangkut dikilang atas sebab-sebab tertentu.

Seperti biasa suspek meminta wangnya untuk di kembalikan namun,mangsa berkata tidak boleh berbuat begitu kerana wang sudah digunakan untuk memesan kesemua barangan tetapi jika mahu bertukar barang yang lain itu dibenarkan.

Berang dengan kejadian itu,suspek bertindak menolak kepala mangsa ke belakang dengan tangan kanannya.

Tidak cukup dengan itu suspek bertindak menikam mangsa sehingga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.


Hendri kemudiannya membungkus mayat Rika menggunakan kotak bungkusan dan mengikatnya di belakang motorsikal milik mangsa.

Lalu mayat suspek menunggang motosikal tersebut menuju ke Jalan Karya Rakyat Gang Melati 1 dan meninggalkan mayat berserta motorsikal mangsa di tepi jalan.

Risau jika dilihat orang awam,suspek menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke rumah.

Kejadian ini akhirnya terbongkar selepas pihak polis berjaya menjejaki suspek dan menahannya bagi membantu siasatan pihak polis.Sumber-Tribun.Medan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan