Gadis 14 Tahun Di Ganggu Dua Pekerja Lelaki, Ketika Sedang Memilih Pakaian Dalam


SURABAYA-Baru-baru ini seorang gadis yang dikenali sebagai Via Vallen telah mengalamai pengalaman hitam apabila dia di ganggu oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali nya semasa membeli belah.

Via telah mendedahkan kes tersebut di Instagram peribadi miliknya.

Gangguan seksual sememangnya telah menjadi kes yang sering dialami oleh wanita, baik secara lisan mahupun fizikal.

Remaja ini mengaku mengalami gangguan seksual ketika dia sedang membeli-belah di H&M Tunjungan Plaza, Surabaya, Jawa Timur.

Gangguan seksual yang dialaminya bukan sekali, tetapi dua kali dari dua orang yang berbeza.

Insiden ini bermula apabila dia datang ke H&M bersama ibunya.Selepas memasuki kedai tersebut dia dan ibunya berpisah untuk mencari barang masing-masing.

Si ibu ke bahagian beg tangan manakala gadis tersebut ke bahagian pakaian dalam.Awalnya dia merasa heran lantaran ada pekerja lelaki bersedia di bahagian pakaian dalam wanita.

Semasa sedang leka memilih pakaian dalam, pekerja itu tiba-tiba bertanya soalan yang mengejutkan.





"Cik tak mahu cuba dulu? Takut besar nanti," katanya.

Bukan hanya menyoal soalan yang tidak sesuai, lebih biadab lagi pekerja ini tiba-tiba meletakkan baju dalam itu pada bahagian dada remaja tersebut tanpa izin.

Disebabkan terkejut dengan tindakan pekerja itu,gadis tersebut terus memarahinya kerana bertindak biadab kepadanya.

Apa yang mengejutkan gadis ini adalah pekerja lelaki itu tidak meminta maaf kepadanya malah dia seolah-oleh bangga dengan apa yang dilakukannya kepada mangsa.

Apabila gadis ini mahu membuat pembayaran,juruwang yang bertugas juga adalah pekerja lelaki .Sebaik sahaja sampai dihadapan tempat pembayaran pekerja lelaki tersebut leka menatap bahagian dadanya,gadis ini berasa tidak selesa dengan tindakkan pekerja lelaki tersebut.Lalu gadis ini menegurnya namun pekerja biadab itu hanya tersenyum apabila ditegur.



Setelah ditegur, penjaga juruwang ini juga mengajukan soalan sama tak sopannya dengan pelayan pertama.

"Cik, masih kecil tapi dada besar?Selalu dipegang ya" juruwang itu bertanya.

Mendengar persoalan sedemikian rupa, dengan serta-merta gadis muda ini terkejut dan marahnya.





"Encik, tolong ya mulutnya digunakan untuk bercakap benda yang baik-baik. Encik memang tak reti nak hargai wanita ya?" tegur remaja ini dengan nada tinggi.

Perkongsian kejadian yang berlaku kepada remaja berusia 14 tahun itu mendapat banyak komen dari netizen.

Rata-rata netizen merasakan pekerja-pekerja lelaki di kedai tersebut tidak sopan dan biadab kepada pelanggan wanita yang berkunjung.

Bagaimanapun,kedua-duanya telah termasuk ke dalam kategori gangguan seksual, walaupun hanya secara lisan.

Berdasarkan maklumat yang ditulis, kini remaja yang menjadi mangsa gangguan seksual di Tunjungan Plaza telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Kes itu dalam sisatan pihak polis.Editor-Sofia

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments