Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 9 Jun 2018

Disangka Meninggal Akibat Kemalangan,Rupa-rupanya Kes Bunuh


MELAKA- Pihak polis berjaya menahan tiga orang lelaki dan salah seorang daripadanya adalah suami kepada seorang wanita yang telah ditemui mati pada bawah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan tambak pasir Pantai Klebang, Melaka, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berpendapat,selepas penahanan ketiga-tiga lelaki tersebut pihaknya yakin akan dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat.

Pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan mengenai kes ini ada kaiatan dengan kes bunuh.

Bagaimanapun, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah mendapatkan bukti dan yaki bahawa setiap suspek yang ditahan dapat memeberikan kerjasama berhubungan dengan kes ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa wanita itu adalah seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai, Yulianti, 40, telah ditemui dalam keadaan terperosok di bawah keretat oleh anggota kastam yang melakukan rondaan dan sisatan di lokasi kejadian.

Mayat wanita ini telah ditemui di kawasan tambakan pasir dan tersepit di bahaw kereta pada jama 2 petang sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak polis.

Malangnya semasa pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa,pihak polis tidak menemui sebarang pengenalan diri tetapi hasil siasatan ke atas nombor pendaftaran kereta berkeaan telah berjaya mengesan pemiliknya iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun.

Hasil siasatan ke atas lelaki berkenaan,dia mengakui mangsa merupakan isterinya dan kereta tersebut adalah miliknya.Kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada pukul 10 pagi semasa hari kejadian.

Walau bagaimanpun,hasil pemeriksaan terhadap mangsa menemui satu kesan tikaman di bahagian leher,namun ianya bukan lah punca mangsa meninggal dunia tetapi akibat mangsa lemas akibat tersembam pada permukaan timbunan pasir.

“Kita percaya, mangsa ditikam di lokasi lain, sebelum dibawa ke kawasan terbabit dan ditinggalkan seolah-olah terbabit kemalangan.

Selepas pihak polis melakukan siasatan terhadap suami mangsa,pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek berusia 48 tahun yang dipercayai menjadi suspek utama dalam kes ini.

Suspek yang juga seorang pengusaha syarikat kereta sewa,telah menjalinkan hubungan dengan mangsa.

Hasil tangkapan ketiga pula berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi yang dipercayai telah bekerjasama dengan suspek utama untuk melakukan pembunuhan ini.

Kini ketiga-tiga suspek telah ditahan reman bagi membantu siasaatan.Kes di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sumber-Metro.Editor-Noah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan