Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 14 Mei 2018

Wanita Ini Dakwa Jiran Cuba Rakam Gambarnya Tanpa Pakaian,Lihat Apa Alasan Yang Diberikan...


AUSTRLIA- Seorang wanita muda telah menuduh jirannya mengintipnya semasa dia sedang melakukan senaman di dalam rumah.Jirannya dikatakan telah menggunakan sebatang kayu panjang dan diikat bersama telefon bimbit untuk merakam aksi jiran tertangganya.

Wanita tersebut dikenali sebagai Angelica, yang berumur 25 tahun sedang melakukan senaman ringan di bahagian ruang tamu rumah apartmen mewahnya di Sydney, Australia secara tidak sengaja melihat sebuah telefon bimbit terikat dengan sebatang kayu panjang di luar balkonnya.

Disebabkan perasaan ingin tahu Angelica menuju ke arah balkonnya dan mendapati seorang lelaki yang merupakan jirannya sedang memegang kayu tersebut dengan rasa tidak bersalah.


Telefon bimbit tersebut adalah milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Phillip Manwarring, 47, yang mendakwa dia hanya memeriksa dinding bangunan bata yang dikongsi bersama dengan jirannya, lapor Daily Telegraph menerangkannya.

Phillip merupakan ayah kepada dua orang anak ini telah bertidak melekatakan telefon bimbitnya ke monopod dan lekatkan pada sebatang kayu panjang menggunakan pita pelekat.

Angelica bekerja sebagai seorang pekerja di kedai sukan mendakwa terlihat kamera diluar rumahnya.

Dia berkata: "Saya terkejut dan cepat-cepat mengambil baju lalu saya bersembunyi di sebalik dinding di mana saya fikir ianya mungkin tidak dapat melihatnya ketika saya meletakkan baju saya semula".



Menurut peguam peribadi Phillip menegaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana ingin melihat struktur batu bata yang telah dilakukan sejak 2016 kerana ianya berkaitan dengan pengubahsuian yang runtuh tahun lalu.

Phillip mendakwa dia telah meminta jirannya 19 kali kebenaran untuk mendapat kebenarakan untuk memasuki rumah wanita itu bagi menyiapkan kerja tersebut.

Tambahnya lagi,kerana ini lah dia terpaksa melakukannya untuk melihat struktur dinding rumah dan kerana itu juga projek pembangunan tersebut lewat disiapkan.

Pemuda berusia 47 tahun ini menegaskan kerja tersebut telah diawasi oleh jurutera dan pekerja pembinaannya sendiri.

Dia berkata rakaman tersebut "hanya menunjukkan dinding rumah sahaja bukan bertujuan untuk mengintip wanita tersebut,"jelasnya.

Empat hari selepas insiden itu, Angelica berpindah ke rumah baru keluarganya di pinggir Sydney Henley hanya untuk melihat kereta Philip yang diletakkan di luar.

Dia memberitahu polis: "Saya tidak tahu bagaimana lelaki tersebut tahu di mana saya tinggal."

Peguam itu mendakwa dia hanya memandu lalu rumah keluarga tersebut untuk bertanya tentangkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dicadangkan oleh pihak pemaju.

Polis telah melakukan siasatan ke atas perkara itu dan kedua-dua pihak telah pun berpindah keluar dari bangunan pangsapuri mewah di kawasan Kirribilli di bandar tersebut.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan