Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 8 Mei 2018

Wanita Derita Sakit Kongsi Kisah Silam


Seorang wanita telah berkongsi kisah silamnya yang ketagih seks sejak dari umur 12 tahun lagi. Beliau yang dikenali sebagai Erica Garza dikatakan tidak pernah melupakan detik-detik hitam yang dialaminya.

Difahamkan, beliau menjalani kehidupan yang sangat teruk akibat ketagihan seks tersebut. Perkara itu terjadi bermula ketika dia berusia 12 tahun lagi. Pada mulanya dia hanya menonton filem lucah sambil beronani justeru membuatkan dia ketagih seks.

Tidak lama kemudian selepas itu, beliau disahkan menghidap penyakit skoliosis ( tulang belakang melengkung) pada tahun yang sama akibat kebiasaan yang dilakukan.

Jelasnya, dia mengaku melakukan perbuatan itu untuk melepaskan tekanan yang dialaminya dari rakan-rakannya.Namun makin lama kelamaan Erica dikatakan semakin tidak dapat mengawal kepuasannya terhadap seks.

Katanya dia melakukan perbuatan tersebut tidak kira sama ada berlawanan jantina atau sesama jenis asalkan kepuasannya dipenuhi sehingga dia berusia 20 tahun.

Manakala, pada usia 20 tahun Erica telah berpindah ke Maui Hawai dan bekerja sebagai seorang pelayan.

Dia juga membuat hidupnya semakin terjerumus dalam dunia seks apabila dia pernah beberapa kali pengsan kerana melayan 10 orang lelaki dalam masa satu hari, ujarnya.

Pada umur 23 tahun pula Erica dikatakan telah berhenti menjadi pelayan kerana penyakit yang dia alami bertamah teruk. Namun dia telah menemukan seorang lelaki yang sudi menerima dirinya secara ikhlas dan ingin menikahinya.

Selang beberapa tahun kemudian, penyakit yang dialaminya membuatkan dirinya tidak sekuat dulu.

Kisahnya juga telah dibukukan dan diterbitkan pada 22 Februari 2018 yang bertajuk Getting Off: One Woman's Journey Through Sex And Porn Addiction menceritakan tentang perjalanan beliau sepenuhnya.

Ujarnya lagi, "beliau membenarkan buku itu diterbit sebagai pengajaran kepada kaum wanita di luar sana dan dalam buku itu adalah pengakuan jujur terbuka tentang siapa dia yang sebenar." Sumber: Eberita. Editor: AA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan