Video-Wanita Ini Tanpa Segan Silu Hanya Berjalan Dengan Memakai Pakaian Dalam


JAWA BARAT- Kes gadis setengah telanjang ini dikatakan kian tular di Indonesia. Jika sebelum ini kes sebegini pernah berlaku di Jakarta, namun kali ini terjadi di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.

Dalam video berdurasi 15 saat ini memaparkan seorang gadis berkulit putih dikatakan dalam keadaan hanya memakai pakaian dalamnya tanpa berbaju sedang membonceng seorang penunggang motosikal sambil memukul bahagian belakang badan pemandu lelaki tersebut.

Di samping itu, wanita berkulit putih itu juga kelihat memakai beg tangan berwarna emas lengkap dengan kasut putih.

Walau bagaimanapun,identiti wanita tersebut tidak dapat dikenal pasti.Kejadian dikatakan berlaku semalam.

Wanita itu juga dikatakan berbuat demikian tanpa sebab.Ianya jelas kelihatan wanita setengah telanjang itu mempunyai tatu di bahu kirinya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, wanita itu pada mulanya berjalan santai di kawasan Warujajar, Kecamatan Cianjur City.

Ia seperti tidak menghiraukan orang-orang yang pada masa itu terus berjalan tanpa rasa malu dengan aksi 'gila'nya itu.

Beberapa penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut sempat merakam aksi wanita ini sehingga terjadinya sedikit kesesakan lalu lintas.

Semasa wanita ini berjalan kaki dibahu jalan,tiada siapa pun yang memperdulikannya sehingga lah seorang lelaki menawarkan diri untuk membawanya,namun tidak diketahui siapa lelaki tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Mangunsarkoro, Bandar Kecamatan Cianjur

Sehingga ke hari ini masih tiada keterangan daripada pihak polis mengenai kes ini.Editor-Sofia