Video- Wanita Ini Buat Penumpang Lain Terkejut Dan Marah Dalam Kereta Api.



JEPUN- Di dalam sebuah video berdurasi 2.05 saat ini memaparkan seorang ibu muda yang dikatakan sedang sarat mengandung diberikan tempat duduk oleh orang awam.Seperti kebiasaan nya keutamaan akan diberikan kepada ibu mengandung,warga emas dan golongan OKU.
Namun ,satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Jepun ini dan membuatkan orang ramai marah serta mengeleng kepala dengan apa yang terjadi.

Siapa menyangka ibu muda yang dikatakan sedang sarat mengandung ini rupa-rupamya hanya memperdayakan orang awam sahaja bagi mendapatkan tempat duduk.Di dalam rakaman video ini memperlihatkan wanita ini seperti menarik sesuatu di dalam bajunya.

Tidak lama kemudian wanita ini menarik sesuatu seperti jaket keluar daripada dalam bajunya yang tadi membuatkan wanita ini kelihatan seperti seorang wanita sedang mengandung sedangkan tidak.Dia hanya memperdayakan orang awam sahaja bagi mendapatkan tempat duduk.

Warga emas yang berada disebelahnya hanya memperhatikan kelakukan wanita ini dengan rasa marah.Manakala,wanita tersebut tanpa rasa bersalah melakukan perkara tersebut sambil bermain telefon bimbitnya.

Ternyata manusia seperti ini masih wujud di dalam dunia.Hanya mementingkan diri sahaja tanpa memikirkan keutaman orang yang lebih memerlukan daripadanya.Bayangkan sekiranya seseorang itu benar-benar hamil namun, disebabkan kelakukannya orang awam ragu-ragu untuk memberikan tempat duduk.Semoga kita menjadikan cerita ini sebagai satu pengajaran.Editor-Sofia