Video Suami Serang Isteri Guna Pemutar Skru.


New York - Seorang isteri mengalami kecederaan teruk serta terpaksa bernafas melalui tiub selepas diserang oleh suaminya dengan menggunakan pemutar skru.

Ketika kejadian mangsa yang berusia 38 tahun sedang duduk di sebuah kedai gunting rambut di New York sebelum didatangi oleh suaminya yang bertindak menyerang beliau dengan menggunakan pemutar skru.

Pasangan tersebut yang memiliki seorang cahaya mata berusia 5 tahun dikatakan mula bertengkar ketika berada di dalam kedai tersebut sebelum berlarutan sehingga ke luar kedai di tepi jalan.

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan dengan kamera litar tertutup, video tersebut jelas menunjukkan suami mangsa Jose Castillo, 66 tahun yang berjalan ke arah isterinya bagi menyerang mangsa.

Mangsa yang tidak menduga yang suaminya itu ada membawa pemutar skru untuk menyerangnya kemudiannya telah bergelut dengan Castillo bagi mempertahankan dirinya.

Rakaman video tersebut jelas menunjukkan kekejaman Castillo yang terusan menyerang mangsa dari hujung kedai ke tepi jalan walaupun mangsa ketika itu cuba melarikan diri daripada tindakan gila suaminya itu.

Salah seorang pemilik kedai yaang dikenali sebagai Angel Sierra cuba untuk menghulurkan bantuan menghalang Castillo dengan menariknya tetapi tidak berjaya kerana Castillo lebih bertenaga daripadanya.

Castillo hanya bertindak menolak Sierra yang cuba menghalangnya sebelum meneruskan serangan kali kedua terhadap isterinya.

Mangsa hampir berjaya melarikan diri sebelum dia yang panik telah membuka sebuah pintu dengan cara yang salah menyebabkan dia tersangkut di pintu kaca berkenaan sekaligus membenarkan suaminya itu terus memukul beliau.

Ketika serangan tersebut berakhir di tepi jalan, mangsa dilihat dalam keadaan terbaring di lantai dan seorang pelaut sedang cuba menghentikan perbuatan Castillo dari terus memukul mangsa.

Pihak polis telah berjaya menahan Castillo dan telah membebaskannya dengan tuduhan cubaan membunuh.

Pemilik kedai, Sierra telah datang melawat mangsa di hospital dan keadaannya dikatakan sedang beransur pulih tetapi tidak begitu baik kerana mangsa terpaksa bernafas melalui tiub.

Wanita tersebut dikatakan baru sahaja tiba dari Dominican Republic dan bekerja sebagai seorang pelayan.

Mangsa telah di bawa ke hospital St. Luke's Hospital bagi menerima lawatan kerana mengalami banyak luka akibat daripada serangan tersebut.