Video: Punggung Tertusuk Buluh Ketika Melompat.


Beijing: Seorang pekerja terpaksa menanggung azab sakit apabila punggungnya tertusuk buluh ketika melompat dari sebuah jambatan di Suining, China.

Media tempatan melaporkan, lelaki terbabit sebelum itu baru sahaja selesai memasang papan iklan berhampiran jambatan sebelum melompat turun.

Dia kemudiannya terjatuh ke dalam kawasan semak sebelum punggungnya tertusuk.

Mangsa terpaksa mendapatkan pertolongan anggota bomba yang memotong sebahagian buluh terbabit sebelum menghantarnya ke hospital.

Dia menerima rawatan di Hospital Daerah Shehong, China. - Harian Metro