Video-Pukul Pengemis Jalanan Lelaki Ini Terima Padah


CHINA- Di dalam sebuah video klip rakaman orang awam berdurasi 8 saat ini memaparkan seorang lelaki bertindak memukul,menendang seorang pengemis jalanan yang sedang duduk meminta sedekah.Kejadaian ini dikatakan berlaku di China menurut Shanghaiist.

Lelaki tersebut dikatakan sengaja membuli pengemis jalanan itu tanpa sebarang sebab yang munasabah.Kelihatan didalam video seorang lelaki berjalan sambil membawa sebuah basikal sedang melalui kawasan berkenaan.

Disebabkan tidak tahan melihat lelaki berbaju putih itu memukul pengemis jalanan dia bertindak menendang dada suspek sehinggakan mangsa terpelanting ke arah dinding.Dapat dilihat dari air muka lelaki itu sedang menahan kesakitan yang teramat akibat daripada tendangan kuat itu.

Laporan menyatakan lelaki berkenaan memukul pengemis jalanan itu tanpa sebab yang munasabah.Walau bagaimanapun,para netizen memuji tindakkan pantas lelaki yang menyelamatkan pengemis jalanan itu dari terus di pukul.

Itu lah dinamakan karma.Jika kita berbuat baik sesama manusia maka,baiklah yang kita dapat.Namun,jika kita berbuat jahat buruk padahnya.Beringat lah,sekaya mana pun kita,sehebat mana pun,jangan lupa pada orang yang lebih memerlukan bantuan.Tidak dapat membantu dalam kadar yang banyak,bantulah mereka sekadar yang termampu.

Jangan terlampau bangga dengan apa yang kita miliki kerana ianya adalah sekadar pinjaman dari tuhan.Jika Dia mahu tarik bila-bila masa sahaja Dia akan tarik.Dan pada saat itu baru kita sedar 'langit tinggi atau rendah'.Editor-Sofia