Video-Penjenayah Salah Cari Pasal Terima Padah,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Wanita Ini...


BRAZIL- Rakaman kamera litar tertutup berdurasi 44 saat ini memaparkan seorang lelaki mengacukan sepucuk pistol kepada salah seorang orang awam yang berada dibahu jalan berkenaan untuk merompak.

Suspek lelaki yang dikenali sebagai Elivelton Neves Moreira, 21, dikatakan mengacukan pistol secara rawak kepada orang awam yang berada di bahu jalan tersebut.Namun,tindakkan berani seorang wanita yang dikenali sebagai Katia Sastre salah seorang anggota polis menembak ke arah suspek lelaki berkenaan.

Orang awam yang berada dilokasi kejadian melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran suspek.


Dia dapat dilihat Katia menyeluk beg tangannya untuk mengambil senjata dan melepaskan tiga das tembakan ke perut suspek sebelum menendang senjata jenis revolver 38 milik suspek dan mengarahkan suspek untuk menerap.

Bagaimanapun,ibu bapa yang terperangkap dalam kejadian itu berjaya melarikan diri dengan anak-anak mereka.Kejadian berlaku semasa ibu bapa sedang menghadiri sambutan Hari Ibu di sekolah Suzano,Brazil.

Penjenayah itu dikejarkan ke hospital selepas Katia membuat panggilan kecemasan dari telefon bimbitnya tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya tidak lama selepas ketibaan ambulance.

Gabenor Sao Paulo Marcio Franca melawat pegawai polis Katia, 42, di balai polis tempat Katia bertugas hari ini untuk mengucapkan terima kasih kerana keberaniannya menyelamatkan nyawa ibu bapa lain di sekolah anak perempuannya.




Beliau menulis di dalam Twitternya selepas bertemu ibu kepada dua orang anak perempuan ini yang menghadiri sekolah itu bagi menyambut Hari Ibu: "Keberanian dan ketepatannya semalam menyelamatkan ibu dan anak perempuan di pintu masuk sekolah dapat diselamatkan.

"Katia bertindak atas dua sebab penting; dalam mempertahankan masyarakat dan mempertahankan anak perempuannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana keberaniannya. "

Rakaman menunjukkan perompak bersenjata, memakai seluar pendek dan baju polos, keluar dari arah bertentangan dan berlari ke sekumpulan ibu dengan anak-anak kecil di sebelah mereka dengan mengacukan pistolnya di tangan kanannya sebelum cuba merampas beg dari salah seorang ibu bapa.

Katia, yang mempunyai dua anak perempuan berumur tujuh dan dua tahun telah berkahwin dengan seorang pegawai polis, dapat dilihat dengan berhati-hati menjaga jaraknya lalu mengambil senjatanya dari beg tangan sebelum menembak penjenayah dari jarak dekat.

Dia berlindung di belakang sebuah kereta ketika suspek jatuh menahan kesakitan di atas jalan sebelum mendekatinya kerana merasakan dia tidak lagi mendatangakan bahaya.

"Dia hanya berfikir mahu melindungi  ibu bapa, anak-anak, dirinya dan anak perempuannya sahaja pada ketika itu."kata juru cakap polis.Editor-Sofia.Sumber-The Sun