Video Pelancong Tangkap Ikan Lumba-Lumba Tular.


CHINA- Baru-baru ini sebuah video seorang pelancong lelaki menangkap haiwan laut seperti lumba-lumba di pantai Pulau Hailing, China dikatakan tular di media sosial.

Siasatan awal yang dijalankan oleh biro perikanan setempat menunjukkan bahawa haiwan, yang dipercayai ikan lumba-lumba ini telah dibasuh dan sudah mati.

Tiada bukti kukuh menunjukkan mengapa lelaki itu mengambil haiwan marin yang dilindungi ini, tetapi pihak berkuasa sedang mencari lelaki itu.

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat ini memaparkan seorang lelaki membawa seorang ikan lumba-lumba berwarna hitam di atas bahunya berjalan di tepi pantai.

Seseorang dibelakang lelaki terbabit menyatakan ianya adalah ikan lumba-lumba.

Insiden itu berlaku di Pulau Hailing di Wilayah Guangdong pada 1 Mei, dilaporkan btime.com.

Biro Perikanan Wilayah Guangdong melancarkan penyiasatan setelah menerima laporan dari penduduk setempat.

Seorang pengawal keselamatan yang bekerja di kawasan pantai memberitahu pasukan penyiasatan bahawa 'lumba-lumba' telah mati dan diliputi oleh luka ketika ditemui di pantai.

'Terdapat penduduk kampung dan pelancong melihat lumba-lumba tetapi salah seorang lelaki datang dan membawanya pergi,' katanya kepada kakitangan dari biro perikanan.

Lelaki yang tidak bernama ini kemudiannya meletakkan mamalia tersebut di dalam keretanya dan berlaku pergi.

Menurut Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China, ikan lumba-lumba adalah salah satu spesies yang dilindungi.Orang awam tidak dibenarkan membunuh, menjual atau menyimpan spesies yang dilindungi, walaupun mamalia didapati mati.

Keith Guo, pegawai akhbar di PETA Asia memberitahu MailOnline bahawa lumba-lumba mempunyai ikatan keluarga yang kuat dan mempunyai rangkaian sosial.

'Jika salah satu daripadanya ditangkap, ikan lumba-lumba lain akan mengalami kemurungan,' katanya.Editor-Sofia