Video Pelajar Maut Dalam Pertunjukan Ilmu Kebal.


KALIMANTAN- Majlis perpisahan Sekolah Agama Madrasah Tsanawiyah (MTs) Al-Kholil di Kalimantan Timur telah bertukar tragedi apabila salah seorang daripada anggota Program yang melakukan persembahan dari lembaga silat Pagar Nusa telah meninggal dunia.

Kejadian dikatakan berlaku semalam,mangsa yang berusia 16 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di hospital selepas trak pikap L300 itu menggilisnya.Ini adalah salah satu daripada upacara persembahan yang di adakan.

Menurut Ketua Polis AKP Berau, Andika Dharma Sena, pertunjukan pertama bermula dengan lancar ketika menggunakan motosikal.

"Bagaimanapun,pertunjukkan yang kedua gagal selepas salah seorang daripada anggota kumpulan itu meninggal dunia dan seorang lagi tidak sedarkan diri,"kata Andika.

Bagi mendapatkan kepastian pihak polis telah meminta keterangan dari Pengurus Al-Kholil dan Ketua Pagar Nusa.

Pihak polis juga turut merampas dua buah papan dan dua batu bata yang digunakan sebagai alat bantuan dalam pertunjukan ngeri itu untuk dijadikan bahan bukti.Editor-Sofia