Video: Padah Masuk Dalam Kandang Singa.


Afrika Selatan - Seorang pemilik taman hidupan liar telah dibaham oleh singa di hadapan penonton yang menyaksikan kejadian tersebut malah ada yang menjerit selepas dia dibaham oleh haiwan liar berkenaan.

Mike Hodge, seorang ekspatriat British berusia 67 tahun, telah dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada leher dan rahang selepas insiden mengejutkan itu yang dikatakan berlaku di Afrika Selatan.

Gambar-gambar menunjukkan Encik Hodge tersenyum di dalam katil hospitalnya walaupun masih terlantar diatas katil, salah seorang rakannya memberitahu The Sun bahawa beliau akan pulih dari kecederaan yang dialaminya itu tidak lama lagi.

Video serangan itu, yang telah difilemkan di Marakele Predator Park di Afrika Selatan, menunjukkan Encik Hodge memasuki kandang singa itu.

Para penonton dapat menyaksikan kejadian mengerikan itu ketika haiwan tersebut mengejarnya dari pintu logam ke taman pena iaitu 9 kilometer daripada Thabazimbi.

Penjaga tersebut menjerit ketika ia diseret oleh singa berkenaan, malah kelihatan kuku haiwan berkenaan yang mencengkam Mr Hodge yang kelihatan lemah tidak berdaya.

Penonton cuba menjerit bagi mendapatkan bantuan selepas dilihat singa tersebut menyeret mangsa  ke dalam kandangnya jauh melepasi beberapa semak.

Kemudian secara tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat manakala singa tersebut telah menjatuhkan mangsa dan melarikan diri daripada tempat mangsa berada.

Seorang wanita telah menjerit dengan kuat selepas menyaksikan kejadian yang baru berlaku tersebut manakala seorang lelaki yang lain mendengar jeritan yang mengatakan "dapatkan semula senapang tersebut".

Singa tersebut telah diletakkan di bawah serangan grisly serta Marakele telah ditutup sejurus serangan tersebut berlaku.

Isteri mangsa Crissy yang kecewa dengan kejadian yang menimpa suaminya itu merasa amat kecewa sehingga tidak memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Melalui laman webnya dinyatakan bahawa Marakele Predator Park telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Mr Hodge bersama isterinya Chrissy selepas mereka berhijrah ke sana dari Uk.

Mereka telah berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1999 dan telah memulakan projek pemuliharaan singa pada tahun 2003 di ladang yang terletak 30 kilometer dari Thabazimbi.

Beberapa tahun kemudian mereka telah berpindah ke bandar di wilayah Limpopo dan telah menubuhkan Marakele Predator Park.

Mereka memiliki lebih sedozen spesis kucing besar termasuklah singa, cheetah, dan dua ekor harimau Bengal.

Para tetamu yang melawat taman mereka boleh menginap di khemah safari yang terdapat di situ bagi mendengar bunyi singa, ketawa hyenas serta salakan serigala yang melolong.

Khemas tersebut dilengkapi dengan kemudahan katil double atau single serta bilik air dengan pancuran mandian di setiap khemah.

Video tersebut telah menimbulkan perbalahan dikalangan netizen apabila ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang memasuki kandang haiwan berkenaan.

Salah seorang penonton telah mempersoalkan tindakan mangsa yang dengan sengaja telah menghampiri haiwan tersebut walaupun tahu ianya adalah satu perbuatan yang membahayakan diri sendiri.

"Kenapa dia di dalam kandang? Itu gila!", tulis Claire Allen yang mengomen video tersebut.

Manakala terdapat orang lain yang memberika komen bahawa singa tersebut hanya bertindak mengikut naluri haiwannya.

"Ianya amat menyedihkan kerana singa tersebut hanya melakukan apa yang semula jadi baginya," kata Debbie Wagner.

"Biarkanlah dia bebas di mana yang dia berhak".