Video: Padah Cuba Selfie Dengan Beruang Liar.


INDIA- Seorang pemandu teksi telah dibunuh oleh seekor beruang liar selepas dia berhenti untuk mengambil gambar dengan haiwan tersebut.Kejadian dikatakan telah berlaku di India.

Prabhu Bhatara mahu menghantar pelangannya pulang dari majlis perkahwinan di wilayah timur Odisha Rabu lalu , dan terlihay beruang liar di tepi jalan.

Dengan penumpangnya yang menunggu di belakang kereta, Bhatara pergi untuk mengambil gambar dengan binatang itu.

Tetapi sebaik sahaja Prabhu sampai berdekatana dengan beruang itu, ianya terus menggigit dan menariknya ke tanah,mangsa dikatakan maut di tempat kejadian, laporan Odisha Sun-Times.

Akhbar itu mengatakan bahawa beruang liar ini cuba meminum dari kolam berdekatan namun, apabila Prabhu menghampirinya, walaupun sudah diberi amaran dari orang-orang di sekelilingnya mangsa tetap berdegil mahu menghampirinya.

Semasa mengambil gambar dia tergelincir, Sun-Times berkata, lalu beruang liar yang terkejut terus menyambarnya.

Rakaman video mencemaskan berdurasi 49 saat ini menunjukkan beberapa orang awam cuba menyelamatkan mangsa dari cengkaman haiwan liar itu namun tidak berjaya.

Mereka dapat dilihat di tengah-tengah lereng bukit di mana beruang ini sedang bergelut dengan mangsa,orang ramai cuba membantu dengan membaling batu dan memukul beruang liar itu menggunakan kayu

Walau bagaimanapun,pegawai perhutanan dipanggil untuk memberikan pelali kepada beruang liar itu tetapi apabila mereka tiba mangsa sudah mati.Editor-Sofia