Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 15 Mei 2018

Video-Kejam!!! Kanak-Kanak Lelaki Dibaling Telur Sehingga Trauma


INDONESIA - Seorang kanak-kanak lelaki mengalami trauma gara-gara dibaling telur oleh ahli keluarganya semasa meraikan sambutan hari lahirnya dalam kejadian di Indonesia.

Rakaman video yang berdurasi selama 1.04 minit itu kian tular selepas dimuat naik di laman media sosial.

Menerusi rakaman tersebut kanak-kanak terbabit dilihat sedang bersedia untuk memotong kek sebelum ahli keluarga yang lain bertindak membaling telur mentah di kepalanya serta mencurahkan fi kepalanya telur yang sudah dipecahkan ke dalam mangkuk.

Namun bagi mereka itu adalah normal bagi mereka di negara bagi meraikan budaya tersebut dengan membuat 'prank' yang memalukan terhadap kanak-kanak lelaki atau perempuan.

Adat tersebut adalah dengan membaling kek di muka, tuangkan air kotor, dan mencurahkan mereka dengan bahan telur mentah dicampur dengan tepung dan makanan busuk.

Walau bagaimanapun ia dianggap sebagai kasih sayang tetapi sebenarnya perkara tersebut kelihatan seperti tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak terbabit.
Pada mulanya, kanak-kanak tersebut kelihatan teruja menunggu untuk memotong kek sempena hari kelahirannya di samping ahli keluarga namun tragedi malang itu berlaku selepas mereka menghabiskan nyanyian 'Selamat Hari Jadi'.

Kanak-kanak itu dilihat masih lagi ingin makan kek tersebut namun mereka turut menghancurkannya sambil membuang kek terhadapnya

Semasa kejadian, kanak-kanak tersebut menggeleng kepalanya tanda supaya berhenti namun mereka terus melakukan perbuatan itu.
Ekoran dari itu, kanak-kanak lelaki yang menyambut hari jadinya berasa trauma gara-gara diperlakukan sebegitu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan keluarga terbabit kerana dianggap keterlaluan dan melampau.

Rakaman video tersebut mencapai lebih 1 juta tontonan dalam masa seminggu dan mencetuskan kemarahan di media sosial.

Dalam pada masa yang sama, ramai yang berpendapat bahawa tindakan yang kejam itu akan meninggalkan kesan terhadap kanak-kanak terbabit.Editor: AA





Tiada ulasan:

Catat Ulasan