Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 4 Mei 2018

Video Jerung Besar Makan Ikan Yang Ditangkap Pemancing.


Ini adalah detik yang mengejutkan apabila seorang lelaki menangkap seekor ikan jerung sebelum seekor lagi jerung yang jauh lebih besar membaham ikan jerung yang sudah pun terkena umpan lelaki ini.Akibat daripada kejadian ini ikan jerung yang dipancingnya itu hanya tinggal separuh sahaja.

Rakaman yang luar biasa berdurasi 1.34 saat ini telah berjaya dirakamkan di pantai Bahamas semasa sekumpulan lelaki memancing di laut.

Mereka seolah-olah terkejut dengan peristiwa itu dan hanya memerhatikan kejadian itu daripada atas bot sahaja apabila ikan jerung yang ditangkap hanya tinggal separuh sahaja.

Pada permulaan klip video, lelaki itu kelihatan bersemangat kerana berjaya mendapatkan seekor ikan jerung.

Seorang lagi nelayan mula terlihat kehadiran ikan jerung yang jauh lebih besar menuju ke arah bot mereka sebelum ianya membaham ikan jerung yang dipancing oleh lelaki berkenaan.

Nelayan lelaki itu berhenti menarik jerung yang lebih kecil dan menunggu untuk melihat apa yang berlaku.

Ternyata jerung yang jauh lebih besar daripadanya mengigit badan ikan jerung kecil itu dan berlalu pergi.

Selepas beberapa saat, pergelutan diantara ikan jerung besar dan kecil itu terhenti.

Pada mulanya nelayan tersebut sangat gembira kerana berjaya menangkap kedua-dua ikan jerrung terbabit.

Walau bagaimanapun, ketika dia menarik tali pancingnya, dia menyedari apa yang telah berlaku.Editor-Sofia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan