Video-Guru Pukul Murid Tadika Dengan Kejam Tular


HUNAN- Seorang guru tadika tergamak mengheret  anak muridnya dari tempat duduk lalu kepala kanak-kanak itu dihentak pada alamri.Akibat daripada perbuatan itu mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala.Kejadian dikatakan berlaku di Hunan,China.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup CCTV yang berdurasi 7 saat ini memaparkan seorang guru telah bertindak mengheret anak muridnya tanpa rasa perikemanusiaan.

Menurut laporan dari Daily Mail,mangsa yang dikenali sebagai Liao Ziyu, 5 tahun, telah mengalami pendarahan di bahagian kepalanya serta terpaksa menerima tiga jahitan akibat daripada peristiwa itu.

Bapa Ziyu berkata,ketika kejadian seorang murid telah bertindak menarik rambut anaknya,dan apabila Ziyu menoleh ke arah belakang secara tiba-tiba guru yang dikenali sebagai Guo itu memarahinya lalu menyeret Ziyu dihadapan kelas.

Tidak cukup dengan itu,guru terbabit turut menghentak kepala Ziyu ke arah almari berulang kali.

Sebaik sahaja menyedari kejadian terbabit,pengetua tadika segera mengejarkan kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dan kemudiannya satu laporan polis dibuat oleh bapa Ziyu, berikutan kejadian Guo mendakwa bahawa emosinya tidak stabil dan tiada niat mahu berbuat sedemikian terhadap anak muridnya itu.

Walau bagaimanapun,guru terbabit dikenakan denda dan telah ditahan selama 15 hari akibat mendatangkan kecederaan teruk terhadapa mangsa.

Sejurus kejadian itu,pihak tadika meminta maaf kepada bapa mangsa dan tadika itu diarahkan tutup selama seminggu bagi tujuan untuk pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.Editor-Sofia