Video Gadis Berusia 13 Tahun Dipukul Oleh Sekumpulan Wanita.


Inilah adalah insiden yang mengejutkan apabila sekumpulan sekurang-kurangnya empat pelajar sekolah telah bertindak menahan seorang gadis berusia 13 tahun lalu memukulnya bertubi-tubi, gadis tersebut dikatakan tidak berdaya melawan dan hanya terbaring.

Mangsa diserang oleh sekumpulan gadis di sebuah taman di kawasan Upton Rocks di Widnes, Cheshire, sebelum dibawa ke Hospital Whiston dengan kecederaan kepala.

Pihak polis sedang menyiasat perkara itu, yang dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira 8 malam wakttu tempatan, dan kemudiannya video pergaduhan itu telah tular di Facebook.

Makcik sedara mangsa berkata: 'Anak sedara saya masih dalam keadaan truama, Saya tahu dia (mangsa) kuat untuk menempuhi dugaan ini. Saya mahu rakaman video ini dikongsi supaya banyak orang dapat melihatnya dan mengenal pasti orang yang melakukan perbuatan terkutuk ini. '

Didalam video berdurasi 23 saat ini memaparkan seorang gadis telah di belasah teruk oleh sekumpulan wanita yang lain.Pergaduhan itu berlaku di sebuah taman.Rakaman video ini menunjukkan gadis malang ini telah di pukul di kepala,dan ditendang ,akibat dari pukulan itu mangsa dikatakan hanya terbaring dan tidak berdaya untuk melawan.

Cheshire Constabulary berkata: 'Pada kira-kira pukul 8.10 petang pada hari Ahad, 29 April pegawai dipanggil untuk laporan seorang gadis remaja yang diserang oleh sekumpulan gadis di sebuah taman di Upton Rocks, Widnes, kira-kira dua jam lebih awal.

'Berikutan serangan itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Whiston untuk mendapatkan rawatan lanjut. '

Inspektor Detektif Ian Whiley menambah: 'Saya ingin berterima kasih pada orang ramai yang sangat prihatin mengenai serangan dan video yang dimasukkan ke Facebook ,kami sedang menyiasat insiden dengan kerjasama mangsa dan pihak sekolahnya.Editor-Sofia