Video-Dugaan Bulan Ramadhan Bagi Aliff Syukri, Rugi Hampir RM40 Ribu.


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 30, ditimpa dugaan besar sekali lagi apabila dia telah mengalami kerugian berjumlah puluhan ribu ringgit selepas salah seorang pekerja yang paling dipercayainya telah pecah amanah.

Pengasas kosmetik terkemuka ini telah memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagramnya yang menunjukkan tempat tinggal pembantu rumahnya itu yang dipenuhi pelbagai perabot mewah miliknya.

Aliff dikatakan sedang mengusahakan sebuah perniagaan perabot mewah namun demikian insiden yang berlaku terhadapnya sebelum ini terjadi lagi apabila dia memberitahu bahawa salah seorang pembantu rumahnya telah merompak beberapa perabot di kedainya serta  turut melarikan sejumlah wang dimana jumlah keseluruhannya dianggarkan mencecah 40 ribu ringgit.

Pada sebelum ini, dia telah ditipu dan wangnya telah dicuri apabila dia telah mengambil beberapa orang pembantu rumah dari negara seberang, namun sekali lagi terjadi apabila pembantu rumah yang juga warganegara Malaysia turut melakukan perkara yang sama.

Malah Aliff juga telah memberi peluang kepada wanita tersebut yang dikenali sebagai Rohana kerana berasa simpatinya memandangkan usia wanita itu sudah mencecah hujung 50-an. Namun akhirnya kepercayaan tersebut telah dimungkiri manakala Aliff telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Editor: AA