Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 1 Mei 2018

Video Detik-Detik Pengantin Maut Ditembak Di Majlis Perkahwinannya


New Delhi - Seorang pengantin lelaki tidak sempat meraikan perkahwinannya apabila dia maut ditembak oleh seorang individu di majlis perkahwinannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Uttar Pradesh, India pada hari Ahad yang lalui ketika mangsa Sunnil Verma, 25 tahun sedang meraikan perkahwinannya bersama dengan para tetamu yang hadir.

Mangsa dikatakan telah ditembak sebanyak dua das tembakan daripada jarak dekat oleh seorang lelaki.

Satu video yang sempat dirakamkan oleh jurugambar perkahwinan jelas menunjukkan seorang lelaki berbaju oren yang berdiri berdekatan pengantin lelaki tersebut sambil memegang sepucuk pistol.

Lelaki tersebut dilihat memegang sepucuk pistol lalu melepaskan tembakan pertama sambil membetulkan posisi bahagian atas senjata tersebut.

Tembakan kedua dilepaskan suspek ketika mangsa melihat sekeliling bagi melihat suspek yang menembaknya, mangsa menekup bahagian dadanya sebelum rebah sejurus terkena tembakan kedua yang dilepaskan oleh suspek.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri sejurus kejadian dan pihak polis masih lagi memburu suspek yang diklasifikasikan sebagai suspek pembunuhan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan