Video-Buaya Besar Lompat Pagar Berduri


FLORIDA- Buaya merupakan sejenis haiwan reptilia pemangsa yang mempunyai badan besar. Buaya mula dikenal pasti kehadirannya sekirtar 83.5 juta tahun dahulu.Haiwan ini juga merupakan haiwan dua alam yang boleh hidup di dalam air dan di darat.

Seperti mana yang kita sendiri sedia maklum,buaya sememangnya pemakan daging.Oleh kerana buaya mempunyai gigi dan kuku yang tajam ianya memudahkan haiwan ini untuk memakan mangsanya dengan mudah.

Buaya akan berjalan dengan merangkak menggunakan keempat kakinya yang pendek. Tetapi buaya juga boleh bergerak pantas apabila memburu mangsanya.Akan tetapi adakah buaya boleh melompat? Jawapannya kebanyakan kita boleh mengatakan tidak,

Tetapi siapa sangka, jika buaya boleh melakukannya. Seorang wanita di Florida berjaya merakam momen yang dahsyat, di mana buaya besar dilihat melompat di atas pagar dawai berduri seolah-olah itu bukan masalah besar untuknya.

Teasia Warner dari Mulberry, Florida, berada di dalam kereta dengan ibunya, Laurea Warner, ketika mereka melihat di luar tingkap terdapat seekor buaya besar berada ditepi jalan.

Dalam video berdurasi 15 saat ini memaparkan seekor buaya yang dianggarkan sepanjang 5 meter dapat dilihat merangkak di atas rumput lalu buaya tersebut melompat diatas pagar berduri tanpa sebarang masalah.Dan kemudian video pendek itu telah dimuat naik oleh Teasia dilaman Facebook dengan tag #onlyinflorida.

"Jelas sekali haiwan itu melakukannya seperti setiap hari, nampaknya ia adalah sebahagian daripada perjalanan hariannya," kata Teasia kepada InsideEdition.com.

Teasia mengatakan bahawa sebelum video bermula, dia dan ibunya benar-benar melihat buaya dalam perjalanan. Dan pada mulanya percaya, jika itu adalah tayar besar getah atau sampah.

Walaupun Laurea mahu berhenti dan melihat dengan lebih dekat, Teasia tidak mahu mengambil risiko kerana risau jika sesuatu yang buruk berlaku.

Apabila suhu meningkat pada musim panas, penemuan buaya di Florida yang tidak dijangka sering dilaporkan.Editor-Sofia