Video- Berpura-pura Jaga Anak,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Ibu Kanak-kanak Ini


Sebuah video hasil daripada rakaman litar tertutup CCTV berdurasi 1.09 saat ini memaparkan seorang tenaga pengajar  dan anak muridnya  sedang berlatih menari di dalam satu kawasan tertutup.

Secara tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki memasuki ruang tarian tersebut dan mengambil sebuah telefon bimbit yang terdapat diatas meja.

Dengan pantas ibu kepada kanak-kanak seperti mahu meletakkan kembali telefon berkenaan daripada tangan anak nya namun ianya sebaliknya.

Wanita itu,tanpa rasa bersalah menyembunyikan telefon bimbit berkenaan didalam seluarnya.Wanita yang mengajar kanak-kanak disitu untuk menari tidak menyedari perbuatan terkutu wanita ini mencuri kerna menyangkakann dia mahu mengambil anaknya yang berada di dalam ruang tarian itu.Tiada siapa menyangka bahawa seorang ibu sanggup melakukan perkara sebegini dihadapan anaknya meskipun hanya seorang anak kecil.

Begitu cepat dia mempergunakan peluang yang ada untuk mencuri dan melakukannya tanpa rasa bersalah dan takut.Ada kemungkinan dia berfikir tiada siapa yang melihat perbuatannya itu.Mujurlah ada CCTV yang merakam segala perbuatan terkutuknya itu dengan jelas.

Video ini juga dikataakan kian tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita ini malah ada yang berdoa semoga dia mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannnya.

Hanya segelitir ibu sahaja yang menggunakan perluang sebegitu untuk kepentingan diri mereka.Tetapi kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah akal dan fikiran perlu memikirkannya sebelum bertindak secara melulu.

Semoga kita semua menjadikan kisah ini sebagai satu pengajaran dan sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling kita.Editor-Sofia