Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 6 Mei 2018

Uqasha Senrose Dibebaskan Dengan Jaminan Polis


Kecoh semalam mengenai pelakon jelita Uqasha Senrose telah di tahan pihak berkuasa selepas disyaki memiliki 6 bungkus aluminium yang berisi 53 biji pil Erimin.Pelakon ini telah dibebaskan dengan jaminan polis,malam tadi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata,pelakon wanita ini dibebaskan selepas pihaknya selesai membuat siasatan lanjut mengenai kes ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,yang boleh membawa hukuman berat denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini kes pelakon wanita popular dengan drama bertajuk 'Tundukkan Playboy Itu' telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki memiliki enam bungkus aluminium berisi 53 biji pil Erimin yang berada di dalam beg tangan miliknya.

Laporan menyatakan,dadah tersebut ditemui semasa pelakon wanita ini dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI),selepas dia dikatakan terlibat dalam satu kes kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi.

"Kereta pacuan empat roda jenis Range Rover yang dipandu oleh pelakon wanita ini dikatakan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu.

Sejurus kejadian anggota polis dari Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI telah diarahkan ke lokasi kejadian dan menemui seorang lelaki tempatan dikatakan telah menjadi mangsa langgar itu.

Akibat daripada kejadian itu,pelakon jelita ini kemudiannya dibawa ke balai polis bagi tujuan pemeriksaan lanjut di jalankan ke atas nya.

Hasil daripada anggota polis wanita membuat pemeriksaan terhadap tubuh badan dan beg tangan milik pelakon ini,pihaknya berjaya menemui enam keping bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin yang dianggarkan seberat lebih 14 gram dalam beg tangannya.

"Kesemua dadah itu dianggarkan lebih dari RM600 jika di ikut pada harga pasaran.

Selain itu,ujian air kencing yang dilakukan terhadap pelakon wanita ini didapati negatif dadah.Editor-Sofia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan