Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 12 Mei 2018

Umno Sabah Keluar Parti, Akan Sokong Warisan.


KOTA KINABALU - Enam Ketua Pemuda Umno bahagian di Sabah meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka ialah Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan), Nik Nadzri Nik Zawawi (Keningau), Ariffin Kassim (Tawau), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Helmi Ghulam Sidek (Silam).

Jamawi yang bertindak sebagai jurucakap bagi kumpulan ketua pemuda itu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk keadaan politik semasa dan kepentingan rakyat serta kelangsungan politik.

“Kita memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan bukan satu tindakan terburu-buru.

“Kita mahu politik stabil. Rakyat mahu pembangunan. Oleh itu, kita mahu kelangsungan politik agar dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong.

Jamawi berkata, berikutan pengisytiharannya menyokong Mohd Shafie, beliau meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno iaitu Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Melalap Bahagian Tenom. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan