Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 10 Mei 2018

Tun Mahathir Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Buat Kali Kedua


KUALA LUMPUR- Dengan rasminya telah diisytiharkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas istiadat mengakat sumpah selamat diadakan di Istana Negara malam tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Kelihatan juga di para pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang turut diundang, bagi menjadi saksi peristiwa bersejarah ini.


Kini selama enam dekad lamanya Balairong Seri menjadi lokasi bersejarah dimana detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Meskipun dalam usia 92 tahun ini beliau telah mencipta rekod tersendiri apabila kembali diberi kepecayaan untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Beliau juga dikatakan melakar sejarah istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.

Selepas selesai upacara mengangkat sumpah,beliau telah mengadakan pertemuan bersama kesemua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan untuk membincang kan barisan Kabinet yang baharu dilantik.

Sejarah tercipta dalam pilihan raya kali ini,apabila pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pakatan Harapan dikatakan telah memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dan sekali gus dapat membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober 2003.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan