Tun Dr Mahathir Larang Najib Dan Rosmah Keluar Negara.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya tidak boleh pergi ke airport. Saya suruh orang yang berkuasa untuk pergi,” kata Tun Mahathir dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam dari keluar negara menerusi status yang dikirim di akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk melarangnya daripada meninggalkan negara. Sumber: Astro AWANI

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments