Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Tun Dr Mahathir Janji Pulangkan Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Zaman BN


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan cuba mengembalikan wang cukai yang dikutip 'secara tidak sah' daripada orang perseorangan atau perniagaan.

"Kita juga sedar di masa-masa rejim lepas ini ramai orang yang telah ditekan dengan cara yang salah. Umpamanya ramai orang dipaksa membayar lebih cukai daripada cukai ditentukan dalam undang-undang kita.

"Kita ingin tahu siapa yang dipaksa ini, berapa banyak yang mereka terpaksa bayar dan kita akan cuba ganti balik wang yang dikutip secara haram ini," kata beliau dalam wawancara TV1.

Mahathir juga berkata terdapat pihak yang dipaksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai walaupun mereka telahpun membayarnya.

"Mereka didatangi LHDN dan dipaksa LHDN supaya bayar dan kalau tak bayar mereka akan didera dengan diblacklist, tak boleh ke luar negara.

"Ada kala passport ditarik balik, akaun books di rampas.

"Kita tak nak ganggu perniagaan," kata beliau lagi. Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan