Tiada Derma Boleh Diterima Parti Dan Media Bebas Melaporkan Berita - Tun Mahathir


Parti-parti komponen Pakatan Harapan tidak lagi boleh menerima derma selain daripada nilai yang diisytiharkan kepada kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu merupakan sebahagian draipada inisiatif anti rasuah yang diambil kerajaan.

Tiada sekatan ke atas media 
Kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara.

Perdana Menteri berkata tindakan itu bagi membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka.

"Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka, janji ia membawa hasrat dalam laporan.

"Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima," katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

"Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas," tegas beliau.