Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 16 Mei 2018

Terlampau Teruja HIngga Akhir Membawa Padah


THAILAND - Seorang lelaki telah dkejarkan ke hospital gara-gara menonton filem lucah sehingga terhiris alat kelaminnya dengan pisau dalam kejadian di sebuah apartment di Khet Nong Chok, Bangkok.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Whisanu Srisanao, 30, dikatakan sedang menonton filem tersebut melalui telefon bimbitnya sebelum bertindak menghiris kulit alat kelaminnya tanpa sedar.

Whisanu berasa sungguh panik apabila darah mula mengalir tanpa henti dan dia cuba menghentikan pendarahan sebelum menghubungi paramedik untuk meminta bantuan.

Sebaik pasukan perubatan tiba di tempat kejadian, mendapati bahawa mangsa berada dalam keadaan seurat benang sambil memegang alat kelaminnya.

Dia hanya memberitahu pihak hospital bahawa dia sedang menonton filem terbabit dan tidak mahu memberikan kerjasama.

Malah mangsa hanya berkata, "saya tengok porno, saya tengok porno," dan turut menyalahkan video terbabit yang mendorong dia berasa terlalu teruja sehingga berbuat demikian.

Walau bagaimanapun dia tetap tidak mahu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Jelasnya lagi, "kami hanya memberikan rawatan dan menghantarnya ke hospital."

Terkini, Whisanu dilaporkan semakin pulih dan masih menjalani rawatan di Hospital Navamin 9. dia juga dijangka akan dibenarkan pulang selepas disahkan tidak ada kecederaan yang serius. Editor: AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan