Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 5 Mei 2018

Teman Lelaki Curang Hanya Kerana Wanita Ini Berbadan Besar,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Wanita Ini Selepas Ditinggalkan


AUSTRALIA- Seorang gadis yang mempunyai bentuk badan yang besar telah di tinggalkan teman lelakinya hanya kerana dia berbadan besar. Perkara itu membuatkan wanita ini nekad untuk mengubah penampilannya.

Perkara ini dialami oleh wanita bernama Shanai Martin dari South Wales, Australia.

Shanai awalnya mempunyai teman lelaki dan sudah bercinta  selama tiga tahun.

Gadis ini pernah mengembara ke Thailand selama empat minggu dengan kekasihnya.


Namun beberapa hari selepas lawatan tersebut, Shanai mendapati kekasihnya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain di Cardiff.

Shanai mendakwa telah mengalami gangguan mental selepas kejadian itu berlaku.

"Saya kehilangan nafsu makan sepenuhnya namun saya masih bekerja dan melakukan beberapa perkara," ujar Shanai.

Oleh kerana, kekurangan selera makan, berat badan saya turun secara mendadak tanpa saya sedari.

Shanai pun menyedari jika ini adalah takdir dan berfikir untuk menjadi lebih baik dengan membiarkan tubuhnya menjadi langsing.

Shanai juga berkongsi perubahannya pada media sosial Twitter iaitu @ shanaimartin5.

Pada muat naik tersebut dia menyebut sangat berterima kasih kepada bekas teman lelakinya.

Di samping itu, dia juga ada berkongsi dua gambar perubahan dirinya.

Gambar sebelah kanan terlihat dia memiliki badan yang berisi, Sedangkan gambar satunya nampak sangat ramping.


Bahkan Shanai menunjukkan bentuk tubuh dirinya seperti idaman wanita.

'Sembilan bulan berlalu, dan turun 25 kg, terima kasih banyak kekasih lama sudah memberikan sebuah motivasi untuk bersinar,' tulis Shanai.

Pada kisah tersebut Shanai sudah mendapat lebih dari 13 ribu retweet dan lebih dari 117 ribu likes, serta seribu komen yang bertanya apa rahsia mendapat tubuh kecil itu.

Shanai bertekad untuk membuktikan jika dirinya jauh lebih bahagia di bandingkan sebelumnya.



Shanai juga memberikan cadangan kepada wanita yang sedang mengalami hal serupa.

"Saya hanya perlu mengatakan jika dia menghancurkan hatimu rasanya seperti akhir dunia, namun berusaha lah tegar dan ingat rasa sakit hanya sementara. Lihat saja enam bulan kemudian jika anda melihat ke belakang pasti akan menertawakan betapa sedihnya kekasih lama, percayalah," tegas Shanai.

Hingga kini Shanai belum mendengar kabar dari kekasih lamanya sejak dia muat naik gambar tersebut. -Editor: Ella



Tiada ulasan:

Catat Ulasan