Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 15 Mei 2018

Syed Saddiq Tidak Sabar Ingin Berdebat Di Parlimen


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Syed Saddiq, 25, merupakan ahli parlimen Muar dan Ketua Pemuda bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pemuda kelahiran Johor ini menjelaskan bahawa beliau tidak sabar untuk berdebat semasa sidang Parlimen nanti.

Dua pemimpin Barisan Nasional iaitu Khairy jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak antaranya yang beliau pilih untuk berdebat.

Malah beliau juga berharap agar Khairy atau mesra dengan nama panggilan KJ yang juga Ahli Parlimen Rembau menjadi ketua pembangkang.

Katanya, "saya memang menanti-nantikan situasi tersebut. Bukan saja berdebat tetapi saya juga nak bekerjasama dengan mereka."

“Contoh macam KJ (Khairy), program-program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan perlu diteruskan. Kalau ada idea yang baik, beliau boleh bangkitkan di Parlimen,” katanya lagi.

Beliau berkata bahawa Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) juga telah menetapkan status ketua pembangkang adalah setaraf menteri.

"Manakala mereka pula akan diiktiraf setaraf dan layanannya seperti menteri dan apabila ketua pembangkang itu kuat, dia boleh pastikan kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan yang telus dan berintegriti, ujarnya."

Jelas Saddiq, "sebab itu kita nak tunggu siapa ketua pembangkang daripada pihak BN supaya kita boleh naikkan tarafnya sama seperti menteri."

Dia juga turut menjelaskan bahawa kemenangan yang diperoleh dalam PRU14 ini merupakan kejayaan untuk anak muda walaupun dipandang sebelah mata pihak lawan.

“Sebelum saya bertanding, banyak pihak kata saya ni terlalu muda dan tak mampu membangunkan Muar. Saya dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anak kucing dan budak hingusan oleh menteri BN.

Ujarnya, "kemenangan ini juga menunjukkan yang anak muda mampu kalau diberi peluang dan saya berharap bahawa ini isyarat jelas terhadap kerajaan serta pembangkang yang baru bagi beri lebih banyak peluang kepada kami."

Dalam pada masa yang sama, beliau juga bersedia untuk memberi sumbangan serta menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menyertai bidang politik.

Tambahnya, "saya berharap insiatif ini akan disertai oleh semua anak muda. Semoga akan ada insiatif  lain seperti program kepimpinan anak muda dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu. Editor: AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan