Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Sultan Brunei Kunjungi Tun Dr Mahathir Di Putrajaya.


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Sultan Hassanal, yang memandu sendiri Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kereta, tiba kira-kira 11.45 pagi.

Putera baginda, Pengiran Abdul Mateen, duduk di sebelah Sultan Hassanal.

Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal di anjung Yayasan Kepimpinan Perdana.

Jurufoto yang menunggu di luar pintu pagar kedengaran memanggil Dr Mahathir untuk meminta beliau memandang ke arah kamera dan memberi gaya yang terbaik sambil menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal.

Sultan Hassanal dipercayai pemimpin asing pertama bertemu Dr Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bagi kali kedua pada Khamis lepas.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 11.28 pagi.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan