Suami Ziana Zain Akan Ceraikannya Dengan Syarat


SHAH ALAM - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, 50, dan suaminya Armin Zaharin, 53  masih lagi tidak mencapai kata putus apabila isu mengenai rumah tangga kian berpanjangan apabila Armin dikatakan menyentuh isu soal anak-anak mereka.

Defendan menjelaskan kepada Mahkamah Rendah Syariah bahawa dia hanya akan bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak.

Katanya, "saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya."

Tambahnya lagi, "saya langsung tidak dapat bertemu mereka sejak Mac lalu dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh pihak mahkamah."

Kes tersebut dikendalikan oleh Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar selepas mendengar penjelasan daripada Armin.

Sementara itu, Ziana Zain mendakwa terhadap pihak mahkamah bahawa suaminya itu tidak dibenarkan bertemu dengan anak-anak di atas arahan pihak polis dan peguamnya.

Ziana menjelaskan bahawa prosiding kes mengenai dakwaan Armin mencederakan salah seorang anak mereka masih berlangsung di Mahkamah Majistret dan anak-anaknya adalah saksi utama berhubung kes tersebut.

Oleh disebabkan itu, sebuah jawatankuasa pendamai telah dilantik oleh Hakim Syarie, Mohd Nizar bagi menyelesaikan isu rumah tangga pasangan berkenaan dengan kehadiran pegawai perunding yang dilantik oleh mahkamah.

Difahamkan, bagi sesi yang akan pada 28 Jun depan, Ziana telah melantik adiknya, Anuar Zain sebagai wakil pihaknya manakala Armin pula melantik sahabatnya, Azizi Yaakob. Editor: AA