Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 12 Mei 2018

Selepas 15 Tahun Bersara, Dia Kembali Dan Berjaya Menamatkan Riwayat Politik Wang.


TIADA peristiwa yang barangkali mampu setakat ini menandingi kejutan-kejutan yang telah, sedang dan akan berlaku dalam dunia politik Malaysia akhir-akhir ini.

Pembongkaran satu demi satu skandal, disusuli dengan pemecatan, penukaran tugas dan kes-kes mahkamah yang akhirnya menumbangkan sebuah parti yang sangat kuat melalui kerjasama antara dua pihak musuh ketat adalah sesuatu di luar dugaan dan barangkali yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Lebih mengagumkan apabila seorang pemimpin berusia 93 tahun bangun kembali selepas 15 tahun bersara dan berjaya menamatkan riwayat politik pemimpin partinya sendiri serta memainkan peranan mendapatkan pengampunan diraja untuk pemimpin utama yang meringkuk dalam penjara di bawah pemerintahannya sendiri.

Beberapa hari selepas istiadat bersejarah angkat sumpah ke jawatan nombor satu untuk kali kedua pemimpin lama itu, kejutan-kejutan terus berlaku.
Advertisement

Buat pertama kali dalam sejarah politik negara ini, pemimpin sayap dengan lantang menyuarakan kekecewaan terhadap pemimpin teratas mereka secara terus-terang, dengan menuntut peletakan jawatan sebagai hukuman ke atas tindakan-tindakan tidak wajar yang mencetuskan kecelaruan dalam politik, kekeliruan dalam kalangan anggota dan kekalahan yang sangat memalukan kepada sebuah parti besar, kuat lagi berpengaruh.

Rakyat sanggup menolak tawaran menarik oleh kerajaan yang sudah berakar umbi sejak 60 tahun lalu seperti pengecualian cukai untuk warga bawah usia 26 tahun, sebaliknya memilih untuk menukar pemerintah.

Keajaiban dan kejutan yang telah, sedang dan akan berlaku dalam senario politik Malaysia ini adalah sesuatu yang hampir-hampir mustahil disaksikan dalam tempoh yang lama.

Barangkali senario yang serupa tidak akan dapat dilalui di mana-mana sahaja di muka bumi ini dalam beberapa abad akan datang.

Kini seluruh dunia sedang memberi perhatian kepada perkembangan politik Malaysia masa kini, dengan media elektronik dan cetak melaporkannya sebagai berita utama.

Kita semua patut bersyukur kerana dalam keadaan bergelora susulan keputusan PRU14 yang tidak dijangka, pihak berkuasa kita masih mampu menjamin keselamatan dan perpaduan pada tahap yang sangat tinggi.

Tidak timbul masalah besar dan membimbangkan hingga memustahilkan rundingan bagi mendapatkan rumusan dan keputusan terbaik untuk terus mengorak langkah ke arah pencapaian matlamat negara maju, dengan mengekalkan suasana tamadun dan budaya murni.

Semalam, pemimpin parti besar yang ditewaskan itu telah letak jawatan dan proses siasatan diteruskan bagi menentukan bentuk tindakan susulan yang perlu diambil.

Pada masa sama, perkembangan dan pergolakan terus berlaku dalam parti-parti yang telah bertanding untuk menduduki kerusi Parlimen dan Dun, termasuk tindakan lompat parti dan angkat sumpah pemimpin-pemimpin peringkat negeri.

Apakah episod-episod yang akan muncul lagi dalam perkembangan politik undang-undang di Malaysia terus menjadi teka-teki kepada rakyat di negara ini dan di seluruh dunia.

Ramai pakar analisis dan pengkaji politik sendiri sudah tersasar daripada landasan lojik dan tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya dalam perkembangan politik, proses perundangan dan pentadbiran negara dalam masa singkat.

Siapa yang akan dipanggil untuk disiasat, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dalam usaha menegakkan keadilan yang dijanjikan kerajaan baharu melalui manifesto pilihan raya yang diuar-uarkan itu?

Dapatkah segala kekusutan yang melingkari berapa skandal besar yang masih membelenggu fikiran semua pihak berkaitan dan menjadi antara sebab kejatuhan sebuah pentadbiran yang telah bertapak lebih separuh abad?

Mampukah kita terus meningkatkan imej kita di mata dunia dan memperbaiki keadaan ekonomi kita di peringkat antarabangsa hasil kejayaan kita meletakkan semula asas politik negara di luar ruang keresahan?

Setakat mana kerajaan yang baharu ditubuhkan ini akan menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat?

Hanya masa yang akan memberi jawapan kepada tanda tanya dalam kalangan rakyat.

Semuanya ini ditunggu dengan penuh debaran dan sabar.

Lebih penting adalah usaha, kerjasama dan kesabaran semua pihak berkaitan untuk membolehkan peralihan kuasa berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Wallahuaklam. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan