Sedih ! Pasangan Ini Meninggal Dunia Sebelum Majlis Pernikah Berlangsung


BRAZIL- Sememangnya setiap insan yang bercinta mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia sepanjang waktu.Lagi-lagi jika hari dinanti sudah dekat tarikhnya sudah pasti kedua-dua mempelai tidak sabar dan ada sedikit rasa gemuruh sebelum majlis berlangsung.

Namun,hari yang sepatutnya menjadi detik bahagia dan bersejarah bagi pasangan sejoli ini dikatakan telah bertukar tragedi sedih dan memilukan kerana majlis tersebut menjadi hari pengebumian.

Semua persiapan telah pun disediakan seperti makanan,pelamin,busana perkahwinan dan sebagainya.Para tetamu yang dijemput juga telah pun hadir dan telah memberikan ucapan tahniah kepada keluarga ini.

Sesungguhnya mati itu pasti dan tidak kira dalam keadaan apa pun pasti akan ada satu hari nyawa kita akan ditarik daripada jasad.

Mempelai lelaki dan wanita kedua-duanya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis bahagia mereka diadakan.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Luana Alves ,36, dan pengantin lelaki Rodrigez Nogueira ,31, dikatakan akan disatukan pada pagi tadi di Gereja Passos, Brazil.

Namun apakan daya maut dahulu datang menjemput mereka.


Malam tadi, kedua-dua mereka dikatakan telah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari melakukan persiapan perkahwinan terakhir mereka.

Menurut ahli keluarga mangsa,mereka tidak menemui sebarang pertanda bahawa mereka berdua akan meninggalkan kelurga ini buat selama-lamanya kerana pasangan ini sentiasa mesra dan bahagia.

Sama seperti pasangan mempelai yang lain mereka hanya mahu majlis berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Menurut laporan,kereta yang dipandu oleh Rodrigez ,hilang kawalan lalu merempuh kereta yang berada dihadapannya dengan begitu kuat.

Tanpa diduga, kereta itu datang dari arah yang bertentangan dengan kelajuan tinggi.

Disebabkan itu kereta mereka telah hilang kawalan.


Luana Alves meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kekasihnya meninggal dunia selepas dirawat beberapa saat di rumah sakit.

Seorang lagi pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu juga meninggal dunia selepas dikejarakan ke hospital.

Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga ketika harus menerima kenyataan bahawa pasangan ini dan segala persiapan majlis sudah pun diatur.

Saudara-mara dan rakan sekerja yang datang dari luar bandar mesti menukar pakaian yang telah disediakan untuk majlis perkahwinan.

Majlis pengkebumi mereka diada pada masa yang sama,gereja yang sepatutnya menjadi saksi perkahwinan mereka bertukar suasana hiba dan sedih.Editor-Sofia