Sedih! Isteri Sanggup Menggantikan Tempat Suami Untuk Menghantar Pesanan Makanan Kerana Suaminya Sakit


INDONESIA- Rata-rata daripada kita pernah menggunakan perkhidmatan pesanan m yang dihantar oleh runner di hadapan rumah kita sahaja.Pada zaman yang semakin maju ini kita juga boleh menempah makanan online menerusi applikasi seperi Foodpanda,Grabfood dan sebagainya.

Kisah ini dialami oleh seorang netizen bernama Silvi Luktrisia dan pengalamannya telah di kongsikan menerusi akaun peribadi miliknya.

Disebabkan malas mahu keluar untuk membeli makanan di kedai Silvi telah memesan makan secara online sahaja bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Namun, setelah ditunggu lebih dari 15 minit,dia merasa bingung kerana tidak sebarang persetujuan dari runner tersebut sedangan makana sudah dipesan.

Sedangkan kedudukan pemandu runner itu sudah berada dekat dengan tempat makanan yang dipesan.

Apabila Silvi Luktrisia memeriksa kedudukan pemandu runner itu selepas menunggu lama, kedudukan pemandu telah berubah di tempat lain.

Pada mulanya dia menganggap pemandu itu tidak sanggup memberikan pesanannya sehingga dia mahu membatalkan pesanannya.

Namun,disebabkan kasihan dengan pemandu itu,Silvi cuba menelefonnya secara online.

Tak disangka yang mengangkat panggilan itu adalah seorang perempuan dan Silvi mengingatkan dia mungkin tersalah orang.

Tetapi ternyata wanita itu adalah isteri kepada pemandu akaun pesanan makanan tersebut.

Isteri pemandu tersebut sempat mengatakan bahawa tidak ada tempahan atas nama Silvi di akaun milik suaminya tersebut.

Serta-merta, Silvi meminta isteri pemandu runner itu untuk mematikan talian tanpa membatalkan pesanannya dan kemudian menghidupkannya.

Selepas melakukan apa yang diminta Silvi, pesana itu baru sahaja diterima lalu wanita cekal itu kemudian membelinya segera dan menyerahkannya ke rumah pelanggannya.

Malah untuk menghantar pesanan makanan, Silvi perlu membimbing isteri pemandu itu dalam talian ke alamat rumahnya.






Apa yang membuat Silvi terkejut ketika isteri pemandu itu tiba di destinasi adalah kerana dia membawa anaknya dibawah panas terik tanpa topi dan jaket.

Wanita itu adalah ibu kepada 4 anak, yang bekerja sebagai pemandu pesanan makanan yang mengantikan suaminya yang menderita sakit selama 3 minggu akibat demam denggi.

Dan apa yang membuatkan Silvi sedih, suami wanita yang tidak bernama itu tidak menggunakan perkhidmatan doktor dan hanya dirawat menggunakan kampung ubat.

Wanita ini juga sengaja membawa anaknya kerana si anak baru terjatuh di tangga ketika ditinggal.

Sementara anak-anaknya yang besar sudah sekolah dan anaknya berumur 1 tahun ditinggal di rumah dengan kakaknya berusia 9 tahun.

Terdapat perkara yang membuat Silvi lebih tersentuh adalah, apabila wanita ini membeli pesanannya, ternyata dia meninggalkan lesennya sebagai jaminan kerana tidak mempunyai cukup wang.Editor-Sofia