Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 6 Mei 2018

Sebak Mendengar Tangisan Kanak-Kanak Menahan Kesakitan


SABAH: Nahas berlaku pada 3.40 petang itu membabitkan Perodua Viva dinaiki mangsa, pikap Toyota Hilux dan Proton Saga selain sebuah bas ekspres serta treler pengangkut kenderaan.

Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 12 tahun menemui ajal dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Oya-Sibu berhampiran Balai Polis Stapang, Sibu, petang tadi.

Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Dunstan, berkata kemalangan berlaku apabila treler berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh dan mengheret Perodua Viva dinaiki mangsa.

Menurutnya, impak rempuhan kuat menyebabkan kereta berkenaan remuk teruk, dengan kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian, saya memandu di hadapan kereta mangsa. Di hadapan kereta saya, terdapat sebuah lori membawa muatan batu yang mahu membelok ke sebelah kanan untuk menurunkan muatannya.

“Lori itu sudah memberikan lampu signal (isyarat) mahu membelok dan saya memperlahankan kereta.

“Ketika itulah secara tiba-tiba kereta saya dirempuh Perodua Viva dari arah belakang menyebabkan saya terlanggar kereta Proton Saga di hadapan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh sub-stesen elektrik berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan lima maut dalam kejadian berkenaan, masing-masing seorang lelaki dewasa yang juga pemandu Perodua Viva, bersama dua wanita dan dua kanak-kanak.

“Mangsa pertama seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berjaya dikeluarkan pada 4.50 petang, diikuti mangsa lelaki dewasa pada 7.14 malam dan tiga lagi mangsa kira-kira 40 minit kemudian,” katanya.

Katanya, selepas merempuh pikap Toyota Hilux miliknya, kenderaan mangsa kemudian terperosok ke bawah sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

“Saya bersama beberapa pengguna lain bergegas cuba mengeluarkan mangsa, namun sukar kerana mereka tersepit. Sebak saya mendengar tangisan kanak-kanak menahan kesakitan sebelum lama-kelamaan tangisan itu senyap,” katanya.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kesemua mayat mangsa yang tersepit. Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan proses pengecaman identiti. Editor: Azni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan