Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 14 Mei 2018

Saya Tak Lari, Tak Takut Jadi Sasaran Isu Kes Pembunuhan Altantuya.


Abdul Razak Baginda, individu yang dilihat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyangkal khabar angin beliau telah lari ke luar negara.

Penganalisis politik itu berkata, beliau tidak bimbang jika dijadikan sasaran oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ekoran skandal Scorpene dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya tidak pernah lari. Ini semua khabar angin tak berasas.

"Ada perbicaraan (berhubung pembunuhan Altantuya) dan saya direman di penjara hampir dua tahun sehingga ia selesai.

"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata kerajaan akan mengikut kedaulatan undang-undang dan sebarang isu berkenaan perbicaraan semula perlua selaras dengan undang-undang, berdasarkan bukti dan bukannya khabar angin atau dakwaan," katanya kepada Malaysiakini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram menggesa siasatan semula terhadap kes Scorpene dan dakwaan habuan dalam urus niaga kapal selam yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

Beliau juga membangkitkan dakwaan berkaitan, termasuk pembunuhan Altantuya.

Kes Scorpene berkenaan pembelian dua kapal selam model itu pada harga kira-kira €1 bilion daripada syarikat Perancis, Direction des Constructions Navales (DCN), pada 2002, yang didakwa melibatkan habuan.

Ketika itu Najib juga timbalan perdana menteri.

Razak mengaku menerima sekitar €30 juta (RM137 juta) daripada syarikat Perancis Thales, atas khidmat lobi tetapi menafikan menggunakan wang itu untuk merasuah pegawai Malaysia.

Pada Ogos lalu, peguam hak asasi Perancis William Bourdon dilaporkan mengesahkan Abdul Razak didakwa di mahkamah Paris berhubung tuduhan menerima habuan daripada urus niaga itu.

Urus niaga itu tidak diketahui umum sehingga 2006, apabila pembunuhan Altantuya membangkitkan persoalan tentangnya.

Altantuya dikatakan membantu rundingan urus niaga itu dan juga mempunyai hubungan sulit dengan Abdul Razak.

Abdul Razak didakwa atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya tetapi kemudian dibebaskan.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ketua Inspektor Hazilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, yang juga berkhidmat sebagai pengawal Najib, didapati bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati pada 2015.

Mahkamah Persekutuan kemudian membatalkan keputusan itu dan Sirul melarikan diri ke Australia.

Sirul kini ditahan di pusat imigresen dan undang-undang Australia menghalang mereka yang berhadapan hukuman mati di negara asal dihantar pulang. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan