Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Saya Sedia Disiasat - Tan Sri Khalid Abu Bakar


BEKAS ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia disiasat berhubung skandal 1MDB selepas disebut antara individu yang mungkin disiasat oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Memetik laporan NST, Khalid memgetahui nama beliau bersama Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali disebut antara individu yang mungkin disiasat oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mengenai isu 1MDB.

"Saya masih bertugas dan saya bersedia menawarkan kerjasama penuh saya mengenai sebarang isu, termasuk sebarang proses penyiasatan melibatkan saya," katanya dipetik dari NST.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai sebarang tindakan selanjutnya serta mendakwa tidak mengetahui sekiranya ada sekatan perjalanan untuk beliau keluar negara.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Khalid dan Apandi antara senarai invidu yang akan disiasat berhubung peranan mereka dalam siasatan skandal 1MDB.

Khalid, 61, dilantik sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Sdn Bhd hujung tahun lalu selepas bersara sebagai ketua polis negara pada September lalu. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan